Followers

Sunday, February 27, 2011

Do'a Compilation - Bride To Be

There are few do'a i would like to share for all bride to be..disunatkan berdoa untuk keberkatan..apa kata korang try..

During my time, what i did was solat hajat banyak2..baca doa tolak hujan..berselawat..solat istikharah..mintak org2 lain tolong doakan time bagi kad kawen..but there are more you can do..ohh one more thing..dekat2 nak kawen kan biasa kelam kabut..penat semua tu kan..i banyak dengar lagu from Maher Zain especially InsyaAllah tu..sangat menenangkan..please avoid from
practising benda syirik/khurafat cam baling baju semua ni semua k..

Doa tolak bala from here
Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan dengan sesuatu dan ia mengutamakan aku dari banyaknya makhluk.

Doa agak hujan berhenti from here
Ya Allah, turunkan hujan di sekitar kami, jangan kepada kami. Ya Allah, berilah hujan kedataran tinggi, beberapa anak bukit, perut lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan.

Doa memudahkan sebarang urusan from here
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki

Doa sebelum bersetubuh dengan halal partner from here
Dengan nama Allah, Ya Allah, Jauhkan kami dari syaitan, dan jauhkan syaitan untuk mengganggu apa yang Engkau rezekikan kepada kami.

I believe marriage is starting new chapter of life..let us improve ourselves with this do'a from here

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan pada hari ini diberkati olehMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon
Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini
Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah
Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah
Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik
Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai
Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali
Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu
Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh
Anak-anak yang menjadi amanah
Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah
Zuriat yang soleh solehah
Dan agar berkekalan mempelai ini
Sehingga ke dalam syurga
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Teguhkan iman kami
Mantapkan aqidah kami
Mudahkan urusan kami
Murahkan rezeki kami
Halalkan makan minum kami
Berkatilah kehidupan kami
Dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam
Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu
Hindarkanlah kami dari azab nerakaMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ampunkanlah dosa kami,
Dosa kedua orang tua kami,
Dosa ahli keluarga kami
Sesungguhnya kami telah banyak melakukan dosa
Baik yang zahir mahupun yang batin
Yang kecil mahupun yang besar
Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami Ya Allah
Maka ampunkanlah dosa kami Ya Ghaffar
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berilah kekuatan kepada kami membina individu Muslim yang taat kepadaMu
Keluarga Muslim yang mengamalkan nilai hidup Islam
Masyarakat Muslim yang tinggi nilai ukhuwwahnya
Dan negara yang baik serta mendapat keampunanMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jadikanlah kami yang telah berkahwin ini
Menjadi contoh yang hidup kepada pengantin baru
Dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora
Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang

Amin Ya Rabbal Alamin.

amin~ pasrah and go with the flow~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...