Followers

Wednesday, February 8, 2012

Pengadilan dan Pertanyaan : Free Fresh Flower Hand Bouquet Contest

Salam semua,

Kepada semua yang mengunjungi blog saya yang biasa ini dan menyertai pertandingan yang dianjurkan, jutaan terima kasih diucapkan. Pertandingan apa itu?

Free Fresh Flower Hand Bouquet Contest.

Pertandingan masih lagi diteruskan sehingga 14 Februari 2012.

Kepada yang menginginkan bunga segar PERCUMA sebagai bunga tangan di hari bahagia anda, masih belum terlambat lagi untuk menyertainya. Hanya beberapa cara mudah yang boleh dijumpai di sini.

Maafkan kami kerana pertandingan ini terbuka kepada bakal pengantin 2012 di kawasan Lembah Klang (kawasan Selangor juga diterima) dan Terengganu sahaja. Bukan tidak mahu bakal pengantin dari negeri-negeri lain sertai, tetapi niat untuk memastikan kualiti bunga segar masih terjamin di hari bahagia anda. Akan tetapi, jikalau bakal pengantin sudi untuk mengambil bunga tangan di kawasan KLCC sebelum pulang ke kampung untuk perkahwinan, anda dibenarkan untuk sertai.

Mari kita bercerita tentang sistem pengadilan pula. Untuk mengelakkan berat sebelah, pengadilan adalah 60% dari juri jemputan, 40% adalah dari saya. Juri jemputan adalah beberapa panel yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan dunia perkahwinan. Tiba-tiba rasa seperti juri 'Next Top Model' pula. Setiap panel yang dipilih akan meneliti setiap blog entri atau facebook secara berasingan. Cara pengadilan mudah sahaja, siapa paling kreatif dalam meraih perhatian juri-juri untuk memilih anda sebagai pemenang bertuah :)

Jangan risau semua, insyaAllah pertandingan ini baru permulaan. Jangan rasa tertekan atau rendah diri. Saya hargai semua sokongan dan penyertaan anda. Anggaplah pertandingan ini suka-suka dan untuk merapatkan hubungan kita. Menang atau kalah adalah adat pertandingan :)

Saya ada di sini untuk membantu anda jika ada pertambahan soalan untuk pertandingan ini :)

P/S: fuhh sangat tabik pada lynda yang mampu tulis setiap entri dalam bahasa melayu penuh..huhu ni la akibat belajar dan bekerja dalam suasana bahasa inggeris...nak tulis karangan bahasa melayu penuh pun mengambil masa yang lama..huhu..

4 comments:

  1. hahaha... kelakar la kak intan ni~ susah tulis bahasa melayu. hekhek. itu la terfikir jugak cane sebab saya ni dah la di utara selangor, sempadan selangor-perak rumah ye. jauh ni~

    ReplyDelete
  2. hihi thanks Puan intan..ira pun tgah berfikir2 ni nak join ke tak.. wedding kat melaka..insyaallah ira try, mane tau ade luck :)

    ReplyDelete
  3. @dhiera: dah lama x tulis dalam bahasa melayu karangan..biase2 tu taula..alaa jauh sgt dear..sorry eh takut bunga x tahan :)
    @bahirah: ok no prob dear :)
    @just^me : tq dear for all wishes :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...